Tips Kewangan

Cara Kurangkan Cukai / Pelepasan Cukai

Posted on: March 5, 2011

Nak elak dari kena bayar cukai? Tak boleh kawan kalau anda dah layak kena bayar. Cuma anda boleh kurangkannya dengan mengenalpasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN:

Antaranya ialah:

1. Zakat

Untuk lebih memudahkan anda, buat sahaja Potongan Cukai Bulanan. Dengan ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) juga dapat dikurangkan.

2. Pendidikan Anak /Takaful Pendidikan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN). Ianya adalah satu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000.

3. Pembelian buku, majalah dan journal. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

4. Bantuan kebajikan lain seperti MAKNA, MERCY dan banyak lagi

5. Fail cukai yang berasingan bagi yang dah berkahwin ( bukan untuk orang bujang)

Setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 setiap individu.

6. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.

7. Melanjutkan pelajaran postgraduate untuk orang dewasa. Sila semak dengan LHDN sekiranya ia mempunyai bidang kritikal tertentu sahaja.

8. Pembelian barangan sukan. Pelepasan cukai maksimum RM300

9. Insuran hayat/takaful keluarga

Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). Ini tidak termasuk dengan takaful pendidikan. Sebaiknya kita pisahkan Takaful Pendidikan dan Insuran Hayat.

10. Bayaran perubatan untuk ibu bapa

Bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.

11. Pembelian komputer setiap 3 tahun. Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

12. Beli hartanah yang bernilai RM 250k dan ke bawah. Pelepasan cukai sebanyak RM2000 .

13. Buat Full Medical Check Up. Maksimum RM500.

Amanat KHAS: Sila simpan resit-resit pembelian anda dan sebaik-baiknya buatkan satu file khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi.

Sedikit info berkaitan cukai:

Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7). Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.

Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia. Sila lah berkunjung ke laman LHDN untuk penerangan yang lebih lanjut.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: